header
Home Khidmat Kami Team Blog Galeri Gambar Galeri Video Siapa Kami Hubungi Kami


PERKHIDMATAN KAMI


pajero

AKTIVITI 4X4
kursus4x4

KURSUS 4X4
baling challenge

ADVENTURE EVENT 

JWJ2

PENGURUSAN ACARA
famili trip

FAMILI EVENT
news about us

MEDIA SUPPORT SERVICES

offroad

REAL CHALLENGE OFF-ROAD
teambuilding

REAL CHALLENGE TEAMBUILDING
jwj convoy

LOCAL AND OVEASEAS OVERLAND TRIP

Follow Us
Tweet Us

SELAMAT DATANG

Kenderaan  pacuan 4 roda atau 4WD  atau 4x4 adalah antara kenderaan yang semakin di minati dewasa ini di Malaysia, mungkin disebabkan keadaannya yang tahan lasak ataupun kegunaannya yang boleh dipelbagaikan maka kenderaan jenis ini semakin mendapat tempat di hati penggemarnya. Kenderaan 4x4 bukan hanya digunakan untuk mengangkut peralatan-peralatan pembinaan atau sebagai medium pengangkutan yang hanya dimiliki oleh kontraktor-kontraktor binaan, jabatan-jabatan kerajaan atau para peniaga untuk melakukan aktiviti-aktiviti perniagaan atau pekerjaan mereka tetapi ianya semakin digemari oleh individu perseorang sebagai kenderaan pelbagai guna.

Malah kegilaan para penggemar kenderaan ini sehingga sanggup mengeluarkan  belanja yang besar bagi memastikan kenderaan 4x4 mereka cantik, kuat, tahan lasak atau sebagainya. Kepada  yang menggemari  kepada aktiviti-aktiviti lasak, mereka mengambil peluang menggunakan keupayaan dan kelebihan  kenderaan 4x4 ini untuk meneroka dan menjelajah alam semulajadi hanya untuk menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan disamping menghilangkan tekanan kerja di samping rakan-rakan ataupun keluarga.

Sukan lasak 4x4 atau sukan “Off Road” juga semakin digemari walaupun kadang kala ianya memerlukan kos modifikasi kenderaan yang tinggi  tetapi disebabkan minat dan hobi, semuanya tidak  menjadi halangan. Pengubahsuaian keatas kenderaan 4x4 adalah untuk memastikan agar kenderaan ini berupaya menempuh apa jua cabaran atau rintangan tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti seperti ini memerlukan  kesabaran, ketahanan  mental dan fizikal serta menuntut semangat juang dan semangat berpasukan yang tinggi.

Malah pelbagai aktiviti dapat di anjurkan dengan menggunakan kenderaan 4x4 bahkan ianya menjadi satu medium yang cukup berkesan untuk mencapai sesuatu misi yang telah di tetapkan. Dari hanya sekadar hobi ianya mampu memupuk semangat kerjasama, setiakawan, jati diri, patuh kepada arahan dan sebagainya.

Kami di Blackwind Adventure Team atau (B.A.T) adalah sebuah syarikat hasil penyatuan sekumpulan peminat kenderaan 4x4 atau 4WD  yang ingin berkongsi pengalaman, ilmu dan kemahiran kami dengan menganjur beberapa aktiviti yang melibatkan kenderaan ini agar dapat di alami dan dirasai bersama oleh masyarakat di luar sana.

"YOUR PASSION TOWARD REAL ADVENTURE WITH US"


logocopyright 2011 Blackwind Adventure Team. All Right Reserved | www.blackwind4x4.com