PERKHIDMATAN
KAMI
AKTIVITI 4X4 |
KURSUS 4X4 |
ADVENTURE EVENT |
PENGURUSAN ACARA |
FAMILI EVENT |
MEDIA SUPPORT
SERVICES |
REAL CHALLENGE
OFF-ROAD |
REAL CHALLENGE
TEAMBUILDING |
LOCAL AND
OVEASEAS OVERLAND TRIP |
|
SELAMAT DATANG
Kenderaan
pacuan 4
roda atau 4WD atau 4x4 adalah antara kenderaan yang semakin di
minati dewasa ini di Malaysia, mungkin disebabkan keadaannya yang tahan
lasak ataupun kegunaannya yang boleh dipelbagaikan maka kenderaan jenis
ini semakin mendapat tempat di hati penggemarnya. Kenderaan 4x4 bukan
hanya digunakan untuk mengangkut peralatan-peralatan pembinaan
atau
sebagai medium pengangkutan yang hanya dimiliki oleh
kontraktor-kontraktor binaan, jabatan-jabatan kerajaan atau para
peniaga untuk melakukan aktiviti-aktiviti perniagaan atau pekerjaan
mereka tetapi ianya semakin digemari oleh individu perseorang sebagai
kenderaan pelbagai guna.
Malah kegilaan para
penggemar kenderaan ini
sehingga sanggup mengeluarkan belanja yang besar bagi memastikan
kenderaan 4x4 mereka cantik, kuat, tahan lasak atau sebagainya.
Kepada yang menggemari kepada aktiviti-aktiviti lasak,
mereka mengambil peluang menggunakan keupayaan dan kelebihan
kenderaan 4x4 ini untuk meneroka dan menjelajah alam semulajadi hanya
untuk menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan disamping
menghilangkan tekanan kerja di samping rakan-rakan ataupun keluarga.
Sukan lasak 4x4 atau
sukan “Off Road” juga semakin digemari
walaupun kadang kala ianya memerlukan kos modifikasi kenderaan yang
tinggi tetapi disebabkan minat dan hobi, semuanya tidak
menjadi halangan. Pengubahsuaian keatas kenderaan 4x4 adalah untuk
memastikan agar kenderaan ini berupaya menempuh apa jua cabaran atau
rintangan tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti
seperti ini memerlukan kesabaran, ketahanan mental dan
fizikal serta menuntut semangat juang dan semangat berpasukan yang
tinggi.
Malah pelbagai aktiviti
dapat di anjurkan dengan menggunakan kenderaan
4x4 bahkan ianya menjadi satu medium yang cukup berkesan untuk mencapai
sesuatu misi yang telah di tetapkan. Dari hanya sekadar hobi ianya
mampu memupuk semangat kerjasama, setiakawan, jati diri, patuh kepada
arahan dan sebagainya.
Kami di Blackwind
Adventure Team atau (B.A.T) adalah sebuah syarikat
hasil penyatuan sekumpulan peminat kenderaan 4x4 atau 4WD yang
ingin berkongsi pengalaman, ilmu dan kemahiran kami dengan menganjur
beberapa aktiviti yang melibatkan kenderaan ini agar dapat di alami dan
dirasai bersama oleh masyarakat di luar sana.
"YOUR PASSION TOWARD REAL ADVENTURE
WITH US"
|